Ahad, 29 Januari 2012

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMKDJH

Kejohanan merentas desa SMKDJH telah berlangsung dengan meriahnya pada 20 Januari 2012 yang lalu.
Semua pelajar menyertai acara ini dengan penuh semangat kesukanan.

taklimat


cikgu-cikgu


penat la..






Tahniah kepada guru dan pelajar-pelajar Rumah Bendahara yang telah memenangi kejohanan kali ini. Kepada rumah-rumah lain, jangan putus asa dan teruslah  berusaha kerana tidak lama lagi akan menyusul pula sukantara.

Rabu, 18 Januari 2012

KEJOHANAN MERENTAS DESA

Tarikh : 20 Januari 2012
Hari: Jumaat
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Padang SMK Dato' Jaafar Hassan     

ATURCARA KEJOHANAN:

7.30 - semua pelajar berkumpul di Dataran perhimpunan
8.00 - Pegawal kejohanan bergerak ke stesen bertugas
8.15 - peserta dilepaskan
10.30 - Majlis penyampaian hadiah

Semua pelajar diwajibkan  hadir

Jumaat, 13 Januari 2012

SALAM PERPISAHAN

Salam perpisahan buat Puan Zita Aniza kerana bertukar ke SMK Putra. Warga SMKDJH mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa dan perkhidmatan cemerlang semasa di sini. Diharapkan penghijrahan ke tempat baru akan memberi seribu erti serta mendapat pengalaman dan suasana baru agar dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang.

Kami juga memohon ampun dan maaf andainya terdapat perbuatan dan pertuturan kami yang mengguris hati Puan Zita semasa kita bersahabat. Terima kasih juga atas jamuan yang sedap tadi.Selamat berkhidmat di tempat baru...










Ahad, 8 Januari 2012

KEPUTUSAN PMR 2011

Sekalung tahniah kepada guru dan pelajar tingkatan 3 SMKDJH  atas keputusan cemerlang dalam PMR 2011. Segala usaha dan penat lelah anda telah terbayar dengan keputusan di luar jangkaan ini. Sejarah telah tercipta bahawa sekolah  luar bandar juga mampu mencapai kecemerlangan.

Seramai 10 orang pelajar mencatat keputusan 8A dan hampir kesemua mata pelajaran mencatat peningkatan % lulus.

Berikut nama-nama pelajar yang mendapat 8A PMR 2011

1. Nurul Irsalieyna bt. Mohd Ashri        
2. Aina Nabila bt. Azni Rais                  
3. Jannatul Adni bt Abu Bakar              
4. Nor Busyra bt. Abdul Aziz                
5. Nur Farah Haifa bt. Md. Kamal      
6. Nur Hidayatul Kausar bt. Haris        
7. Nur Sayazwani bt. Muhammad Zahir
9. Siti Syahirah bt. Sabri
10. Wan Nursyaza Sahira bt W. Ghazali

TAHNIAH!

Rabu, 4 Januari 2012

JUALAN BUKU DI KOPERASI

Apabila sesi persekolahan bermula, maka AJK koperasi antara orang yang paling sibuk. Ibu bapa dan pelajar boleh membeli buku dan peralatan persekolahan sejak 28-29 Dec 2011 yang lalu. Ini bertujuan supaya p&p dapat dijalankan dengan lancar pada hari pertama persekolahan.

Walau bagaimanapun, sehingga hari pertama persekolahan masih ramai para pelajar yang belum membeli buku. Oleh itu p&p tidak dapat dijalankan seperti yang sepatutnya.

Terima kasih kepada AJK koperasi dan bekas koperator (pelajar tingkatan 5 tahun lepas) yang bertugas sejak pertengahan Dec sehingga ke hari ini demi memastikan para ibu bapa dan pelajar dapat membeli buku dan peralatan sekolah di koperasi SMKDJH berjalan lancar.





Selasa, 3 Januari 2012

TANDATANGAN OPSYEN SPBA & PENCEN

Pada 27 Dec 2011 yang lalu, guru2 SMKDJH telah diberi penerangan mengenai opsyen SBPA dan pencen. Guru2 diminta menandatangani borang opsyen jika bersetuju dengan tawaran yang diberi.

Sebagai penjawat awam guru-guru akur dengan tawaran yang diberi, namun begitu guru2 diberi kebebasan untuk memilih usia pencen sama ada 56, 58 atau 60. Terpulanglah...



Tuan Pengetua memberi taklimat sebelum menandatangani borang opsyen

meneliti borang

inilah borangnya... baca betul2 syaratnya

puas hati... boleh tandatangan



minta penerangan ....

Tuan pengetua memberi penerangan lanjut kepada yang kurang jelas



Jumaat, 11 November 2011

Jamuan Akhir Tahun SMKDJH

Dengan bertemakan warna kuning majlis jamuan akhir tahun guru-guru SMKDJH berlangsung dengan meriahnya di Hotel Seri Malaysia, Kangar. Semua guru nampak kacak dan ayu bergaya dengan busana kuning.

Majlis ini juga diadakan untuk meraikan pertukaran PK HEM En. Kapli b. Saad yang naik pangkat sebagai PK Pentadbiran di SMKPBU, juga meraikan  Pn Halijah yang akan bersara wajib. Di samping itu juga bagi menghargai guru-guru yang bertukar pada awal tahun yang lalu.

Tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah yang lazat dan tentunya memikat selera.

Acara diserikan lagi dengan karoake merdu En. Rohimi dan Cik Noor Hidayat. Selain itu pelbagai hadiah disediakan untuk cabutan bertuah. Uniknya semua yang hadir pasti mendapat hadiah.

Majlis diakhiri dengan acara memotong kek oleh pengetua dan guru-guru yang diraikan.

Sekalung tahniah dan terima kasih kepada AJK BKGK yang berjaya menganjurkan majlis yang gilang-gemilang ini.



pendaftaran

door gift - cupcake, apam polkadot, pencil case, sweets

bergaya

door gift

sebahagian daripada hadiah cabutan bertuah


bergaya sakan

tersenyum lebar dengan hadiah cabutan bertuah

bila aku nak dapat ni...

termenung jauh..
ceria..

orang kuat BKGK
 pakaian paling lawa (L).. tahniah cikgu Mi

 pakaian paling lawa (P) ... tahniah Awin

 Mr. Bad dan Dee ( sebahagian gambar sumbangan Dee)

bersama tetamu yang diraikan.. Ustaz Shukri
bersama En Kapli

potong kek