Rabu, 27 April 2011

PERSEMBAHAN KELAB/BADAN BERUNIFORM SMKDJH

 Persembahan daripada ahli kelab dan badan beruniform SMKDJH berlangsung dengan meriah. Acara ini diadakan bagi mengisi slot perjumpaan mingguan kelab, badan beruniform.


 Persembahan tarian oleh PBSM

 Cikgu yang sporting....



 Persembahan Kadet Polis



 temu duga polis... macam-macam hal



 Tarian tradisional oleh Kelab Rakan Muda

 mantap...


gembira dengan persembahan yang dihidangkan..

Tahniah kepada semua guru penasihat kelab/ badan beruniform kerana berjaya melaksanakan aktiviti ini dengan jayanya. Semoga dengan acara sebegini dapat memupuk keyakinan diri pelajar-pelajar SMKDJH untuk terus berjaya.

Selasa, 26 April 2011

PERTANDINGAN PETANQUE 2011

 Persiapan - peralatan dibawa dari sekolah ke stadium

Pertandingan petanque berpasangan telah diadakan di gelanggang petanque, Stadium Utama Kangar pada 23 April 2011 yang lalu.Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Petanque SMKDJH.

Sambutan amat menggalakkan dari para pelajar sekolah-sekolah menengah seluruh Negeri Perlis. Begitu juga bagi kategori dewasa yang disertai oleh guru-guru dan staf pendidikan serta agensi-agensi kerajaan sekitar Negeri Perlis.


 AJK minuman



Pendaftaran - RM 30 kategori dewasa, RM 20 kategori pelajar sekolah

 Taklimat sebelum pertandingan

 Pelajar T6 yang bekerja keras sepanjang pertandingan - terima kasih

 wakil SMKDJH


 Cenderahati semasa pendaftaran

 Wakil SMKDJH - kategori dewasa

 bincang strategi

SMKDJH - Juara lelaki - bersama jurulatih

 Johan dan naib johan milik SMKDJH

 Kategori pelajar perempuan

 Acara penyampaian hadiah disempurnakan oleh PK Kokurikulum, En. Mohshin

Johan Kategori Dewasa - Putra Putra

Khamis, 21 April 2011

LATIHAN KEBAKARAN

Latihan kebakaran telah diadakan pada 21 April 2011, jam 10.00 pagi. Para pelajar telah bergerak dengan segera ke padang setelah mendengar loceng kecemasan dibunyikan.

Walaupun begitu, masih ramai  pelajar tidak endah dengan loceng kecemasan yang dibunyikan. Mereka menganggap latihan ini tidak penting.

Selepas ini, diharap pihak sekolah akan mengadakan latihan ini sekali lagi untuk memastikan para pelajar mematuhi arahan dan bergerak ke tempat selamat dalam masa yang ditetapkan.








Selasa, 19 April 2011

1 Murid 1 Sukan

SMKDJH akan melaksanakan dasar 1M1S seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Surat Pekeliling Ikhtisas bilangan 16,2010

Dasar 1 Murid 1 Sukan menekankan penglibatan setiap murid dalam sukan. Penglibatan ini lebih menjurus kepada penyertaan, penglibatan, pemahaman dan pengetahuan mengenai sukan berkenaan tanpa mementingkan prestasi mereka.Oleh itu, bermula tahun 2011, semua murid dan pelajar diwajibkan mengambil sekurang-kurangnya satu jenis sukan.

Ahad, 10 April 2011

BAHAS ALA PARLIMEN ZON UTARA

Pada 6 April yang lalu SMKDJH telah menyertai  Pertandingan Bahasa ala Parlimen Peringkat Zon Utara.

SMKDJH telah memenangi pusingan awal ini dengan mengalahkan SMKPB(u). Tajuk usul pada hari tersebut ialah "PROGRAM REALITI TELEVISYEN PERLU DI TERUSKAN". 

Dengan kemenangan tersebut SMKDJH layak ke pusingan seterusnya menentang SMKRPMTF yang akan diadakan pada 11 April 2010 di SMK Syed Hassan. Tajuk usul pada pusingan ini ialah "LAMAN SESAWANG SOSIAL MENJANA MINDA".

Para guru dan pelajar yang berkelapangan dijemput ke SMK Syed Hassan untuk memberi sokongan kepada pasukan sekolah kita.


 Undi - dapat pembangkang

 Ketua Pembangkang - Nur Farah Eliani

 Pembangkang ke-2 - Wan Nur Syaza, juga dinobatkan pembahas terbaik



Izin laluan - Nur Fatin Farhani

Pembangkang ke -3 - Muhammad Atiqurrahman



Pembahas2 SMKDJH

gembira bila diumumkan pemenang
bersama guru pengiring

TERUSKAN USAHA UNTUK PUSINGAN SETERUSNYA. SELAMAT BERJAYA...

Selasa, 5 April 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG

Mesyuarat Agung PIBG SMKDJH akan diadakan:

Tarikh : 6 Apri 2011
Masa  : 3.00 petang
Tempat : Dewan Seri Jerneh SMKDJH

Semua ibu bapa dan waris pelajar SMKDJH dijemput hadir.

Kehadiran anda amat dihargai

POST MORTEM PMR, SPM & STPM

Post Mortem PMR, SPM dan STPM telah dijalankan pada 4 April 2011 yang lalu. Mesyuarat ini telah dipantau oleh En. Nazir selaku bapa angkat akademik SMKDJH. Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang mengajar PMR, SPM dan STPM 2011 kerana telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.




 PK HEM memperkatakan tentang masalah disiplin pelajar

 Guru-guru tekun mndengar penjelasan

En. Nazir membuat rumusan tentang post mortem yang telah dijalankan