Jumaat, 11 November 2011

Jamuan Akhir Tahun SMKDJH

Dengan bertemakan warna kuning majlis jamuan akhir tahun guru-guru SMKDJH berlangsung dengan meriahnya di Hotel Seri Malaysia, Kangar. Semua guru nampak kacak dan ayu bergaya dengan busana kuning.

Majlis ini juga diadakan untuk meraikan pertukaran PK HEM En. Kapli b. Saad yang naik pangkat sebagai PK Pentadbiran di SMKPBU, juga meraikan  Pn Halijah yang akan bersara wajib. Di samping itu juga bagi menghargai guru-guru yang bertukar pada awal tahun yang lalu.

Tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah yang lazat dan tentunya memikat selera.

Acara diserikan lagi dengan karoake merdu En. Rohimi dan Cik Noor Hidayat. Selain itu pelbagai hadiah disediakan untuk cabutan bertuah. Uniknya semua yang hadir pasti mendapat hadiah.

Majlis diakhiri dengan acara memotong kek oleh pengetua dan guru-guru yang diraikan.

Sekalung tahniah dan terima kasih kepada AJK BKGK yang berjaya menganjurkan majlis yang gilang-gemilang ini.



pendaftaran

door gift - cupcake, apam polkadot, pencil case, sweets

bergaya

door gift

sebahagian daripada hadiah cabutan bertuah


bergaya sakan

tersenyum lebar dengan hadiah cabutan bertuah

bila aku nak dapat ni...

termenung jauh..
ceria..

orang kuat BKGK
 pakaian paling lawa (L).. tahniah cikgu Mi

 pakaian paling lawa (P) ... tahniah Awin

 Mr. Bad dan Dee ( sebahagian gambar sumbangan Dee)

bersama tetamu yang diraikan.. Ustaz Shukri
bersama En Kapli

potong kek