Jumaat, 4 Mac 2011

PELANCARAN NILAM

Dalam perhimpunan minggu ini, telah diadakan Majlis Pelancaran Program NILAM. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMKDJH, En. Aminuddin b. Mustaffa.

Majlis dimulakan dengan taklimat program NILAM oleh Pn. Suziah selaku guru PSS. Seterusnya acara penyampaian hadiah kepada pembaca terbanyak dan juga Anugerah Khas PSS.

Syair Kelebihan Ilmu telah di sampaikan oleh Nur Afiqah Shifa bt. Azhar, dari tingkatan 5C untuk menyerikan lagi majlis.

Majlis diakhiri dengan paluan gong oleh Tn Pengetua menandakan sempurnanya majlis perasmian, diikuti dengan perarakan masuk ahli pasukan beruniform Kadet Polis, membawa replika buku NILAM untuk diserahkan kepada pengetua sebagai tandanya bermula aktiviti NILAM bagi tahun 2011

Menurut Pn. Suziah, Program NILAM diadakan pada waktu P&P BM dan BI secara berselang seli . Minggu 1 dan 3 adalah BI manakala minggu 2 dan 4 adalah BM.

Para pelajar pula dikehendaki membaca buku cerita yang dipilih, seterusnya mencatat ke dalam buku NILAM. Anugerah akan diberi berdasarkan jumlah bacaan yang dicatatkan dalam buku NILAM.


Pn. Suziah memberi taklimat

barisan pentadbir


hadiah untuk pembaca terbanyak


juga pembaca terbanyak


Anugerah Khas NILAM - pingat gangsa dengan 199 bacaan
Nurul Atikah Senapi


majlis dirasmikan dengan paluan gong oleh Tn. pengetua

perarakan replika buku NILAM oleh pasukan Kadet Polis

penyerahan  replika buku NILAM, maka bermulalah aktiviti  NILAM tahun 2011

Sama-samalah kita menyokong aktiviti NILAM ini kerana 'MEMBACA JAMBATAN ILMU'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan