Khamis, 27 Januari 2011

Hari Keluarga SMKDJH - Bahagian 1 (Guru-guru & Ibu bapa)

Hari keluarga SMKDJH telah diadakan pada 22 Januari 2011 yang lalu. Majlis ini adalah anjuran BKGK untuk mengeratkan silaturrahim dalam kalangan warga SMKDJH. Diharapkan melalui majlis ini , kita berpeluang  mengenali antara satu sama lain terutama guru-guru lama dan guru-guru yang baru berkhidmat di sekolah ini.

Ramai guru yang hadir bersama keluarga masing-masing. Guru dan keluarga juga begitu 'sporting' dengan menyertai pelbagai acara yang diadakan.

Makanan yang disediakan juga sedap-sedap belaka.

senyum sijejaka..


manisnya senyummm..

Cik Pah, dengar la aku nak cerita ni..

semangat gotong-royong

teka siapa dia?

jangan termenung kak..


Abang Fadzil dan isteri, terima kasih kak kerana sudi datang..

baik-baik..

sesi beramah mesra..

cepat sikit bakar ikan tu.., lapar dah ni..

juru gambar yang sporting..

jangan berebut.. makanan banyak lagi..
bapa2 mithali..

keluarga bahagia..

berdukung berkelek, makan tetap makan..

Tuan Pengetua

Azhar dan keluarga

bismillah..

buat apa tu?

Sibukkk, Pengerusi BKGK yang menganjurkan majlis, Pn. Rhuzaimah. Lepas ni buat lagi ya..

Pn. Hayanora dan suami, mana anak?

anak, ayah dan mak dari Perak

pertandingan petanque family

bola tak cukup ni...

menang gaya ...

PK yang hebat..

terima kasih Encik Idris...

senyum la sikit..

*gambar2 dari sudut pandang Dyamim Bahari

Keluarga SMKDJH- Bahagian 11 ( Kanak-kanak Riang )

Pelbagai acara sukaneka diadakan khas untuk anak-anak. Sambutannya sangat menggalakkan. Gambar-gambar di bawah menceritakan segala-galanya..

acara meniup tepung, habis hidung..

 ayunya.. anak siapa?

 atur strategi..

mengisi  air dalam botol

 macam mana nak buat ni..

 nama? anak siapa?

 sedapnya..

 cepat la mula, panas ni..


mak-mak jangan tolong ye...

 cikgu Mat bersama anak2, mana maknya?

letih dah..


apa nak buat ni..

Jangan balik lagiii, makan dulu..


*gambar2 dari sudut pandang Dyamim Bahari.

Ahad, 23 Januari 2011

Minggu ke 4 - Majlis Pelantikan Pengawas

Dalam perhimpunan minggu ini, telah diadakan majlis pelantikan pengawas sekolah. Saidatul Nabila bt. Kapli telah diamanahkan sebagai Ketua Pengawas sekolah. Tahniah!

Majlis ini telah disempurnakan oleh Insp. Zuzeita bt. Abdullah @ Aziz , iaitu Pegawai Penyiasat IPD Padang Besar. Beliau juga telah memberi ceramah berkaitan jenayah kepada para pelajar. Pelbagai bentuk jenayah dan hukuman telah diperincikan oleh beliau.

Diharapkan pelajar akan mengambil iktibar dan panduan daripada ceramah yang diberikan.

Para pengawas bersama watikah masing-masing

Insp. Zuzeita

Pengetua menyampaikan cenderamata kepada Insp. Zuzeita.
Terima kasih Tuan.


Barisan pengawas bersama-sama para pentadbir dan guru-guru pengawas.

Diharapkan para pengawas dapat menjalankan amanah ini dengan baik seterusnya dapat meningkatkan tahap disiplin dalam kalangan pelajar SMKDJH.

* gambar2 sumbangan En. Anizan Ariffin

Rabu, 19 Januari 2011

Hari Keluarga Tok Paq

Semua guru dan staf serta keluarga;

Dijemput ke sambutan Hari Keluarga Tok Paq yang akan diadakan seperti butiran di bawah:

Tarikh   : 22 Januari 2011
Masa     : 8.00 pagi
Tempat  : Kantin sekolah
Anjuran : BKGK SMKDJH

Datanglah beramai-ramai bersama keluarga kerana terdapat pelbagai aktiviti nenarik sepanjang majlis.

Guru-guru wanita diminta membawa pisau dan gunting untuk persiapan memasak.
Jika anda bermurah hati, bawalah 'apa-apa' sebagai hidangan tambahan.

Terima Kasih

Isnin, 17 Januari 2011

Kepada pentadbir dan guru-guru,

Jika anda mempunyai bahan atau pengumuman yang hendak dimuatkan dalam laman blog ini, sila emel kepada saya di alamat zaharah60378@yahoo.com.

Semua Panitia juga dialu-alukan  menghantar bahan kepada saya seperti Rancangan Tahunan, Sukatan Pelajaran, soalan2, hebahan atau apa2 saja. Andainya masa mengizinkan saya akan muatkan dalam laman ini untuk dikongsi bersama.

Laman ini masih dalam pembinaan , jadi komen dan cadangan yang membina daripada kawan-kawan amat dialu-alukan.

Harapan saya, laman ini boleh dijadikan medan untuk menyebarkan maklumat dan hebahan untuk kemudahan kita bersama.

InsyaAllah saya akan mengemaskini dari masa ke semasa.

Minggu ke 3 Persekolahan

Minggu ini sudah masuk minggu ke 3 persekolahan. Cepatnya masa berlalu. Seperti kebiasaan, pagi Isnin dimulakan dengan perhimpunan rasmi sekolah. Nasihat dan teguran telah diberikan kepada pelajar. Harap-harap mereka mengambil iktibar dari nasihat tersebut.

Lazimnya, perhimpunan hanya mengambil masa 40 minit sahaja. Namun begitu, kadang kala terlajak juga kerana pelbagai karenah pelajar terpaksa dilayan. Minggu ini, pelajar-pelajar diminta berbaris mengikut kelas. Arahan yang mudah ini pun, sukar dikuti oleh pelajar.

Oleh kerana, banyak masa terbuang, perhimpunan dilanjutkan, maka ada pula pelajar yang pengsan. Bukan seorang tetapi dua orang. seorang lelaki dan seorang perempuan. Isunya di sini,

adakah pelajar itu mempunyai masalah kesihatan?, atau
mereka tidak bersarapan, atau
keadaan berhimpit-himpit semasa perhimpunan menyebabkan mereka kekurangan oksigen?

Marilah kita sama-sama berfikir serta mengambil langkah sewajarnya supaya masalah ini tidak akan berulang.

Rabu, 5 Januari 2011

SMK Datuk Jaafar Hassan

Blog ini dibina untuk berkongsi maklumat dan aktiviti sekolah dalam kalangan guru, pelajar dan juga pengguna internet di luar sana. Harap semua warga SMKDJH dapat menggunakan blog ini sebagai medan untuk menyalurkan maklumat dengan lebih cepat dan efisien.