Minggu ini sudah masuk minggu ke 3 persekolahan. Cepatnya masa berlalu. Seperti kebiasaan, pagi Isnin dimulakan dengan perhimpunan rasmi sekolah. Nasihat dan teguran telah diberikan kepada pelajar. Harap-harap mereka mengambil iktibar dari nasihat tersebut.
Lazimnya, perhimpunan hanya mengambil masa 40 minit sahaja. Namun begitu, kadang kala terlajak juga kerana pelbagai karenah pelajar terpaksa dilayan. Minggu ini, pelajar-pelajar diminta berbaris mengikut kelas. Arahan yang mudah ini pun, sukar dikuti oleh pelajar.
Oleh kerana, banyak masa terbuang, perhimpunan dilanjutkan, maka ada pula pelajar yang pengsan. Bukan seorang tetapi dua orang. seorang lelaki dan seorang perempuan. Isunya di sini,
adakah pelajar itu mempunyai masalah kesihatan?, atau
mereka tidak bersarapan, atau
keadaan berhimpit-himpit semasa perhimpunan menyebabkan mereka kekurangan oksigen?
Marilah kita sama-sama berfikir serta mengambil langkah sewajarnya supaya masalah ini tidak akan berulang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan