Dalam perhimpunan minggu ini, telah diadakan majlis pelantikan pengawas sekolah. Saidatul Nabila bt. Kapli telah diamanahkan sebagai Ketua Pengawas sekolah. Tahniah!
Majlis ini telah disempurnakan oleh Insp. Zuzeita bt. Abdullah @ Aziz , iaitu Pegawai Penyiasat IPD Padang Besar. Beliau juga telah memberi ceramah berkaitan jenayah kepada para pelajar. Pelbagai bentuk jenayah dan hukuman telah diperincikan oleh beliau.
Diharapkan pelajar akan mengambil iktibar dan panduan daripada ceramah yang diberikan.
Para pengawas bersama watikah masing-masing
Insp. Zuzeita
Pengetua menyampaikan cenderamata kepada Insp. Zuzeita.
Terima kasih Tuan.
Barisan pengawas bersama-sama para pentadbir dan guru-guru pengawas.
Diharapkan para pengawas dapat menjalankan amanah ini dengan baik seterusnya dapat meningkatkan tahap disiplin dalam kalangan pelajar SMKDJH.
* gambar2 sumbangan En. Anizan Ariffin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan