Ahad, 27 Februari 2011

Kursus Chilled Cheese Cake & Baked Cheese Cake

Sabtu lepas, seramai 25 orang guru SMKDJH berpeluang menghadiri kursus pendek buat cheese cake di Kolej Komuniti Arau.

Excited!


pendaftaran
Rm 30 untuk 2 jenis kek termasuk makan tengah hari

dalam beg ada resepi,  pen dan apron
terima kasih

 
bahan-bahan

baca resepi betul2

hebat! guru disiplin, PK Ko ku, PK HEM
sporting habiss..

Cik Nurul Hidayah dan Cik Nur Asma

 

nak cuba, agak2 boleh jadi tak?

 
ini hasilnya.. boleh tahan

buat apa tu?


ini yang cikgu buat



ini lah hasil yang kami buat




boleh makan...
terima kasih kepada Cik Nurul Hidayah dan Cik Nur Asma yang sabar mengajar kami..

kepada yang berminat untuk belajar resepi ini silalah berhubung dengan kolej komuniti terdekat. mereka memang mengalu2kan penyertaan orang ramai untuk berkursus di sini.

Selasa, 15 Februari 2011

Kelab Kebudayaan SMKDJH

Pada pehimpunan mingguan minggu ke 7, ahli-ahli koir Kelab Kebudayaan SMKDJH telah mengetuai perhimpunan untuk menyanyikan lagu NEGARAKU, lagu NEGERI PERLIS, dan LAGU SEKOLAH. Melalui aktiviti ini, diharapkan semua pelajar akan lebih bersemangat untuk menyanyikan 3 lagu wajib tersebut.

Menurut Puan Azriena selaku penasihat kelab, diharapkan aktiviti ini dapat memupuk keyakinan diri ahli-ahli kelab untuk membuat persembahan di hadapan khalayak. Aktiviti ini akan diteruskan pada perhimpunan yang akan datang untuk memberi peluang kepada semua ahli kelab terlibat dalam koir ini.

Selain koir, kelab ini juga mengadakan pelbagai aktiviti seperti lakonan, nyanyian, teater dan sebagainya. Tahniah kepada guru penasihat kelab yang lain iaitu Pn. Saebrina, En. Fazli dan Pn Surina atas usaha anda.

bersemangat

 berdisiplin



SELAMAT MAJU JAYA

Isnin, 14 Februari 2011

Ya Nabi Salamun Alaika - Raihan

Hari ini bukan hari cuti biasa yang lain, tapi hari ini bersamaan 12 Rabi'ul Awal ialah hari ulangtahun Rasul Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Pencetus revolusi terbesar.

Hayatilah lagu ini..


Wahai kekasih  bulan kelahiranMU
Sesungguhnya terimalah kerinduan
yang sentiasa menyala di sanubari ini
bukan bermaksud hanya di purnama ini sahaja
cinta bersemi di serelung jasadku
kerinduan tidak pernah ternoktah

dan sirna di sisi kerana Engkau Junjungan Mulia
Lelaki terhebat teladan sejagat maya
Wahai kekasih Allah
yang pasti Engkau terus menjadi
dambaan disekujur resah desah
umatMu kerana Engkaulah
Muhammad al-Amin

obor penerang kegelapan umat
walau sekadar menyapa rindu
di makam hayatmu
di jazirah Madinah Al Munawwarah
pun rindu terus teguh, mekar dan
bersemi hingga hujung nyawaku

puisi dipetik daripada Buletin Maulidurasul
keluaran Panitia Pendidikan Islam 

Ahad, 13 Februari 2011

KEM JATI DIRI PELAJAR PRA-U SMKDJH

Kem Jati Diri Pelajar Pra-U SMKDJH telah berlangsung dengan jayanya seperti butiran di bawah.

Tarikh:11-13 Februari 2011
Tempat: D'Yan Chalet titi Hayun,Yan Kedah
Pelajar yang terlibat: 22 org pelajar tingkatan 6 SMKDJH


Guru yang terlibat:
Pn.Jamilaton Rabaiee bt Haris
En.Nasrul Effendi b. Zalkefli
En.Khoiron Noor b. Abdullah
Pn.Azifah bt. Jamin
En.Dyamim b. Bahari



Objektif:
i)Meningkatkan jati diri dikalangan pelajar tingkatan 6
ii)Mengeratkan hubungan pelajar dan guru
iii)Membuka minda pelajar ke arah masa depan mereka
iv)Menerapkan semangat kerjasama sebagai satu komuniti


kem jati diri pelajar pra-u smkdjh
taklimat

 riadah


 aktiviti berkumpulan


 Pn. Azifah yang sangat sporting







 mandi sungai

 sejuk..

Terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang menjayakan kem ini. Diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan segala ilmu yang diperoleh daripada kem ini dalam kehidupan seharian.

Khamis, 10 Februari 2011

Kejohanan Sukantara

 lompat jauh

 hakim-hakim yang adil lagi bijaksana

 yang muda dan yang....


 tetap bergaya di mana jua...

 senyum selalu

 tak larat berdiri

 tunggu giliran



 mai, mai cepat sikit...

 catat betul2



cantiknya sekolahku

Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia

Semua guru dan pelajar dimestikan menonton perutusan YAB Menteri Pelajaran secara langsung . Guru dan pelajar-pelajar SMKDJH menonton perutusan ini di Dewan Sri Jernih. Antara intipati perutusan tersebut adalah seperti berikut:


PUTRAJAYA 10 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM7,500 setiap seorang kepada 924 orang guru besar cemerlang yang telah disenarai pendekkan.
                                                                                                            sumber : Utusan Malaysia





 ucapan Pengetua

 mengikuti perutusan melalui skrin besar

 kusyuk

guru-guru yang ceria

Selasa, 8 Februari 2011

MORNING TALK - CARA MENGAWAL STRES

Sebagai pekerja, kadang kala kita dilanda stres atau tekanan akibat bebanan kerja. Dalam morning talk pada pagi Isnin yang lalu pengetua telah menggariskan beberapa cara mengawal stres agar kita dapat menanganinya dengan bijak dan prestasi kerja tidak terjejas. Antaranya:

1. bersahabatlah dengan orang yang ceria - secara tidak langsung kita juga akan turut ceria.

2. banyakkan makan karot, jagung dan kekacang - makanan ini mengandungi banyak serat, baik untuk  
    kesihatan.

3. selalulah bersedekah - jiwa akan tenang

4. bersenam - sekurang-kurang 3 kali seminggu

5. mesti ada hobi - kenalpasti hobi anda

6. luahkan masalah kepada orang lain - dapat meredakan ketegangan

7. mengangislah - jika masalah tidak tertanggung lagi, menangislah sepuasnya.

8. beribadah - kenali siapa Pencipta kita dan redhalah dengan ketentuannya.

* hanya yang sempat dicatat secara  ringkas

Sukantara SMKDJH

Kejohanan sukantara SMKDJH akan diadakan pada:

Tarikh   :  10 Februari 2011
Masa    :   4.00 petang
Tempat :   Padang sekolah

Semua pelajar di WAJIBKAN hadir dan mengambil bahagian dalam setiap acara yang dipertandingkan. Acara-acara tersebut ialah lari 100 meter, lompat jauh dan lontar peluru.

MATA akan dikira berdasarkan jumlah penglibatan pelajar. Jadi, lagi ramai pelajar mengambil bahagian, lagi banyak MATA akan dikumpul oleh rumah masing-masing. 

SELAMAT BERTANDING

Selasa, 1 Februari 2011

Minggu ke 5 Persekolahan

Minggu ke 5, merupakan minggu paling pendek setakat ini. Minggu ini kita akan bercuti kerana menyambut Tahun Baru Cina. Sekolah akan bercuti mulai 2 - 6 Februari 2011. Sekolah akan dibuka semula pada 7 Februari 2011.

SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada guru dan para pelajar keturunan Cina. Semoga tahun arnab ini akan membawa tuah kepada kita semua.

Perhimpunan minggu ke 5


doa - Ya Allah Ya Tuhanku, terangkanlah hati kami untuk menimba ilmu


  Negaraku
Tanah tumpahnya darahku...

 Bahawasanya kami...