Hari ini bukan hari cuti biasa yang lain, tapi hari ini bersamaan 12 Rabi'ul Awal ialah hari ulangtahun Rasul Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Pencetus revolusi terbesar.
Hayatilah lagu ini..
Hayatilah lagu ini..
Wahai kekasih bulan kelahiranMU
Sesungguhnya terimalah kerinduan
yang sentiasa menyala di sanubari ini
bukan bermaksud hanya di purnama ini sahaja
cinta bersemi di serelung jasadku
kerinduan tidak pernah ternoktah
dan sirna di sisi kerana Engkau Junjungan Mulia
Lelaki terhebat teladan sejagat maya
Wahai kekasih Allah
yang pasti Engkau terus menjadi
dambaan disekujur resah desah
umatMu kerana Engkaulah
Muhammad al-Amin
obor penerang kegelapan umat
walau sekadar menyapa rindu
di makam hayatmu
di jazirah Madinah Al Munawwarah
pun rindu terus teguh, mekar dan
bersemi hingga hujung nyawaku
puisi dipetik daripada Buletin Maulidurasul
keluaran Panitia Pendidikan Islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan