Rabu, 17 Ogos 2011

PELANCARAN HARI KEMERDEKAAN

8 Ogos 2011 bersamaan 8 Ramadhan 1432 H yang lalu, SMKDJH telah mengadakan Pelancaran Hari Kemerdekaan bagi tahun 2011. Pelancaran ini bertujuan untuk menyambut hari kemerdekaan yang akan menjelang tidak lama lagi.

Tema Hari Kemerdekaan pada tahun ini ialah Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera. Sambutan hari kebangsaan pada 31 ogos 2011 nanti adalah yang ke - 54.

Semasa pelancaran dilangsungkan, pelbagai aktiviti yang menarik telah dipertonton kepada warga SMKDJH. Antaranya ialah sketsa pendek yang terkandung mesej pentingnya menghargai hari kemerdekaan.

Selain itu, ucapan serta perasmian oleh Tuan Pengetua juga telah memberikan impak kepada para pelajar. Antaranya, beliau menasihati para pelajar agar menghargai perjuangan tokoh-tokoh kemerdekan menuntut kemerdekaan daripada pihak penjajah.

Generasi kini juga patut bersyukur dengan nikmat kemerdekaan kerana pelbagai kemajuan telah dicapai oleh Malaysia dalam tempoh 54 tahun ini.

Terima kasih kepada Panitia Sejarah dan Pelajar Tingkatan Enam yang telah menjayakan majlis ini dengan gemilangnya.






MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan