Isnin, 12 September 2011

JAMUAN HARI RAYA DAN AKHIR TAHUN KOPERASI SMKDJH 2011

Jamuan hari raya dan akhir tahun koperasi telah diadakan pada 10 September 2011 di Bukit Air Resort. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti sukaneka yang disertai oleh anak-anak kecil. Koperator, guru dan kanak-kanak juga telah mendapat duit raya.

Selain itu, cabutan bertuah berupa hamper turut ditawarkan kepada tetamu yang hadir. Tahniah kepada guru dan pelajar yang bertuah!

Tetamu dihidangkan dengan pelbagai makanan lazat seperti nasi dengan pelbagai jenis lauk, sate , ayam goreng serta aiskrim.


Terima kasih kepada AJK Koperasi SMKDJH yang berjaya menganjurkan majlis yang sangat meriah ini. Diharapkan pada tahun hadapan majlis seperti ini dapat diadakan lagi.

terima kasih daun keladi..


duit raya

duit raya dan cenderahati untuk koperator dedikasi
  
isi air dalam botol

sedapnya..

terima kasih kepada tetamu yang hadir

tiup belon

kanak-kanak riang

orang kuat koperasi

persiapan sebelum majlis
cabutan bertuah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan